SELAMAT DATANG KE BLOG CEWIE'S CUPCAKE

Cupcake Buat Mummy




Gambar ini adalah tempahan dari rakan saya untuk dihadiahkan kepada isterinya yang tercinta sempena hari lahir isterinya. Dia meminta saya untuk membuat 1 set cupcake perisa coklat. Pilihan warna aising dibuat berdasarkan warna kegemaran isterinya putih dan pink...

Cupcake Brownies Cheese





Ini adalah resipi terbaru dari saya...Alhamdulillah menjadi dan sangat sedap...

Cupcake Special Request

Cupcake ini tempahan khas dari suami saya untuk function doorgift company dia...Berpeluh-peluh menyiapkannya..Tetapi berbaloi-baloi...








Bawah ini pula cupcake tadi yang telah siap diletakkan dalam kotak khas...





Cupcake Tema Biru Lembut





Cupcake ini adalah tempahan dari Cik Adah, ex-officemate dulu masa kat Mahmood Security (M) Sdn Bhd. Dia memilih warna biru lembut, sesuai dengan warna kegemarannya. Perisanya pula dia memilih chocolate oreo...

Cupcake Tema Hijau dan Pink





Cupcake ini berperisa coklat chip. Bertemakan warna hijau dan pink dan bermotifkan bunga...

Surprise Cupcake





Suprise Cupcake ini ditempah oleh bekas rakan sekerja untuk isterinya. Bertemakan warna ungu lembut dan bunga-bungaan...

Cupcake Buat Tersayang




Cupcake ini pula tempahan dari bekas rakan sekerja untuk dihadiahkan kepada isterinya yang tercinta. Hadiah untuk permintaan maafnya...

Cupcake Elmo






Cupcake Elmo ini tempahan dari seorang rakan lama untuk dihadiahkan kepada anaknya yang meminati kartun Elmo...

Wedding Cupcake







Set cupcake ini ditempah oleh kawan saya untuk hantaran perkahwinan adik iparnya. berperisa coklat chip dan bertemakan putih dan hijau muda. Bersesuaian dengan warna tema hantaran pengantin...

SELAMAT DATANG KE BLOG CEWIE'S CUPCAKE





Apakah keistimewaan CEWIE'S CUPCAKE??? Ianya LAZAT, PELBAGAI dan CANTIK. Kek cawan yang kami sediakan bukan sahaja menampilkan reka bentuk yang cantik tetapi sedap dimakan. Ini kerana ciri-ciri kek cawan yang kami sediakan adalah ringan, lembab dan dihiasi dengan buttercream dan aising. Kek cawan yang kami sediakan ini juga mampu bertahan lama. Meskipun, penggunaan serbuk penahan diakui membantu memanjangkan hayat kek, tetapi kami sememangnya tidak berminat untuk menggunakannya dalam adunan kek kami. Sebaliknya, kesegaran kek dipastikan dengan cara menyimpan adunan kemudian membakarnya sehari sebelum majlis berlangsung. Ia sangat sesuai untuk semua acara seperti majlis perkahwinan, pertunangan, sambutan hari jadi, doorgift dan lain-lain lagi. Selamat melayari blog kami! Kami pasti menjanjikan yang terbaik untuk setiap reka bentuk kek mengikut kesesuaian acara istimewa anda.


Cewie's Cupcake pasti dapat membantu anda untuk melengkapkan majlis anda...

Related Posts with Thumbnails
Assalamualaikum dan Sejahtera kepada pengunjung laman blog ini...Selamat melayari blog kami..TERIMA KASIH